Salam sayang semua..ptg2 ni nak share cara urutan untuk si kecik kita tu..mana tau esk pagi sempat la nak mengurut si kecil tu sebelum pegi kerja xpun nanti malam sebelum tidur tu boleh ambik masa sekejap kan..sebelum tu kita tengok apa faedahnya mengurut si kecil ni.
Faedah-Faedah Urutan Bayi:
♥ Membantu pembesaran fizikal bayi
♥ Menguatkan ketahanan tubuh badan
♥ Membina keyakinan diri
♥ Membantu bayi berasa tenang dan selesa
♥ Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi
Tak pernah melakukan urutan untuk bayi? Macam susah je? takdelah mudah je...cuma perlu ikut step by step..insyaALLAH jika praktikkan hari-hari semua mesti akan ada dalam kepala kita:) Cuma mahu atau tidak je...
♥ Membantu pembesaran fizikal bayi
♥ Menguatkan ketahanan tubuh badan
♥ Membina keyakinan diri
♥ Membantu bayi berasa tenang dan selesa
♥ Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi
Tak pernah melakukan urutan untuk bayi? Macam susah je? takdelah mudah je...cuma perlu ikut step by step..insyaALLAH jika praktikkan hari-hari semua mesti akan ada dalam kepala kita:) Cuma mahu atau tidak je...
Ok sebagai permulaan jom kita kongsi bersama secara ringkas ya
langkah urutan yg betul untuk si manja anda:
- Patikan anda dan bayi anda berada di dalam keadaan yg selesa ya sebleum memulakan urutan. Urutan akan mengambil masa dalam 15-20 minit. Anda juga boleh mainkan muzik yg agak perlahan untuk memberi suasana tenang kepada anda dan juga bayi anda.
- Pastikan suhu bilik adalah sederhana dan tidak terlalu panas atau sejuk sepanjang urutan berlangsung ya. Bentangkan selimut atau kain yg lembut dan baringkan bayi di atasnya.
- Urutan paling sempurna jika dapat dilakukan pada bayi dalam keadaan bayi tidak memakai apa-apa pakaian dan waktu yg paling baik adalah selepas mandi. Walaubagaimanapun, urutan ini sangat fleksibel boleh dilakukan pada bila2 masa je even masa tengah susukan bayi anda pun anda boleh urut bayi anda:) dan boleh juga dilakukan walaupun bayi berpakaian lengkap.
- Anda boleh gunakan minyak bayi yg lembut untuk mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua belah tangan anda untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukupnya di tangan anda supaya anda boleh mulakan urutan dengan mudah.
- Bermulalah dengan sentuhan yg lembut. Tambahkan tekanan urutan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda telah berasa semakin selesa dengan urutan anda.
- Pandanglah mata si manja anda dan menyanyi atau bercakaplah dengannya sepanjang urutan berlangsung. Secara tak langsung, anda dapat mengembangkan lagi komunikasi bayi anda dan juga membuatkan bayi berasa selesa dan membantunya membina emosi.
- Seelok-eloknya urutlah bayi anda setiap hari pada waktu yg sama agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
- Adalah sangat disarankan untuk anda mulakan urutan dari kepala hinggalah ke hujung kaki, kemudian barulah beralih ke bahagian belakang bayi.
- Berikut adalah beberapa perkara yang harus anda berikan perhatian sepanjang urutan berlangsung ya:
- Urutan harus dilakukan dengan kerjasama sepenuhnya dari si manja anda. Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan melalui perasaan kasih sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda yg mesra.
- Anda bagaikan cermin kepada bayi anda ya. Si manja anda suka untuk mengikut tingkahlaku anda, jadi pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula.
- Kadangkala bayi mungkin akan berasa letih, maka tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat dan cubalah sambung urutan selepas bayi bangun dari tidur. Jangan dipaksa bayi anda.
- Nikmatilah saat-saat yang meriangkan bersama si manja anda ya.
so sekarang ni tiba masanya bagaimana nak mengurut sikecil kita tu..tgk je video di bawah ni.hehehe.mudah je ikut je video ni..insyaallah jadi..selamat mencuba :)
kredit to : mylittleyaya.blogspot
No comments:
Post a Comment