Join Me On FB

Tuesday, January 15, 2013

HEBATNYA SUSU IBU MENURUT ISLAM

FIRMAN ALLAH:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

 Terdapat banyak sangat faedah & kebaikan apabila ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya secara natural. Kita disarankan untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi sehingga sekurang-kurangnya berusia 6 bulan tanpa makanan sampingan. susu ibu sangat kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi.


KEBAIKAN IBU YANG MENYUSUKAN ANAK :

akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
  • Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Allah jadikan susu ibu sangat lengkap dengan mengandungi nutrien,protein, lemak dan karbohidrat yang mencukupi untuk bayi
  • tiada susu lain yang setanding dengan susu ibu dan dapat mengerakan hubungan anak dan ibu.
  • Mendapat pahala yang besar bagi ibu yang menyusukan anaknya.
KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK :

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU

 credit to hasnulhadiahmad.com


Untuk maklumat lanjut sila hubungi dengan saya melalui
Email Yahoo : latifah_m_85@yahoo.com.my
Gmail : latifah.fareed@gmail.com
Call/Whatsapp/Viber/Tango/Line : 013-3971985
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...