Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik
auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya.
Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas
terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus
bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di
muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah
menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti
bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja
melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah
menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10%
adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam
lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500
orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah
disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun
demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum
disahkan.
Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat
kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak
melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan
menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan
antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan
organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh
sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan
menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
SLE – Elak Stres, Fikir Positif
Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini
boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis
penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga
boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan
doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana
ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik
penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali
pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum
disahkan oleh doktor.
Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata,
SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala
membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai
pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan
nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai
pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan
wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.
Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi
kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor
seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus
Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih
banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi
keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di
dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk
mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan
berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu
badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang
bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.
Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu
pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.
Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala
seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara
sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh
timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis
SLE.
Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air
kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang
abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam
air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu
dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum
siasatan darah menjadi abnormal.
Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan
organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ
yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan
sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal,
pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang
dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang
bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru,
kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu
peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau
yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui
pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan
jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak
perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit
SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima
steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan
kehilangan tulang.
- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya
peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman
secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga
mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi
aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan
matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi
atau baju lengan panjang.
Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE
menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990,
pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah
tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun
perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik
bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan
SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling
penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan
kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan
perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa
mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini
adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan
rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber :
Google)
No comments:
Post a Comment