Di dalam sebuah kelas falsafah,
seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat
beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan, kelas
bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya
dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan pelajarnya
menjawab “ya!”.Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang
yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan
lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.
Sekali lagi dia bertanya akan
pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab
“ya…”Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas
mengambil pula sebuah
kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi
kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang
penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..” Sejurus selepas itu,
profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan
menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf,
batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di
antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor
tersebut.
“Sekarang…” profesor mula
bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap
balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting -
Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.Jika anda kehilangan segalanya
dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula
mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda,
manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara
kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke
dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan
bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa
dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk
perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk
anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk
makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau
urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang
benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya
mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.
Profesor tersebut tersenyum.
“Saya gembira ada yang bertanya.
Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan
sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…” :) Kredit
p/s : Renungan untuk semua. Apabila
kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila
24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.
No comments:
Post a Comment