Join Me On FB

Thursday, January 17, 2013

PENTINGNYA VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG

Mengandung adalah saat yang paling indah bagi seseorang ibu bagi menanti kelahiran si kecil. Namun penantian selama  bulan itu perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar si kecil yang dikandungi dapat membesar dengan sihat dan baik.


Mungkin masih ramai lagi ibu-ibu hamil diluar sana yang tidak tahu lagi vitamin apa yang sesuai untuk si ibu dan juga si kecil. saya akan kongsikan vitamin yang sesuai diambil oleh ibu-ibu dan juga si kecil :

1. Vita-Lea

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

2. B-Complex

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.


4. Ostematrix / Kalsium

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.




Ke empat-empat vitamin ini sesuai untuk diambil oleh ibu-ibu mengandung di dalam trimester 1 dimana usia kandungan berusia diantar sebulan sehingga tiga bulan (1-3 bulan)

untuk usia kandungan ibu-ibu yang telah masuk ke trimester 2 dan 3(usia kandungan 4-9 bulan) boleh mengambil keempat-empat vitamin di atas dan ditambah dengan :

5. Omega Guard

Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. 



6.ESP @ Energizing Soy Protein


Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

p/s : sekiranya ibu ibu yang mengambil vitamin di atas, asid folic yang dibekalkan oleh klinik kesihatan ataupun doktor tidak perlu la diambil lagi. Jadi ibu ibu yang sedang hamil, masih belum terlambat untuk anda memilih shaklee sebagai makanan tambahan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan yang terbaik untuk anda dan juga untuk bayi didalam kandungan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi dengan saya melalui
Email Yahoo : latifah_m_85@yahoo.com.my
Gmail : latifah.fareed@gmail.com
Call/Whatsapp/Viber/Tango/Line : 013-3971985



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...