Join Me On FB

Tuesday, February 19, 2013

10 Manfaat Omega 3 kepada WANITA

1. Perlindungan daripada kanser payudara
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil ikan berlemak (oily fish) dalam pemakanannya, ataupun supplemen mengandungi asid lemak Omega-3, adalah 50% lebih rendah kebarangkalian untuk terjadinya kanser payudara. Asid lemak Omega-3 mengandungi unsur anti-inflamasi/anti-keradangan semulajadi yang akan mengganggu sebarang transformasi pada peringkat sel, seterusnya membunuh sel-sel kanser.

2. Mengurangkan senggugut ketika haid
Tahukah anda bahawa Sindrom Pra-Haid (PMS) dan senggugut (dysmenorrhoea) kebanyakannya adalah disebabkan oleh kekurangan asid lemak Omega-3 dan Omega-6? Selain GLA (yang membekalkan asid lemak Omega-6), minyak ikan tulen yang merupakan antara sumber asid lemak Omega-3 juga boleh membantu meredakan kesakitan semasa haid dan PMS.
Info lanjut tentang PMS boleh baca di sini : PMS? Tanganinya dengan Supplemen Shaklee



3. Meningkatkan kesuburan
Asid lemak Omega-3 membantu menstabilkan penghasilan/pengeluaran dan memperbaiki pengaliran darah ke ovari dan juga uterus. Jadi jika anda dan suami merancang untuk mendapatkan cahayamata, antara cara terbaik untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat serta menambahkannya dengan supplemen asid lemak Omega-3.

4. Bayi/anak-anak yang sihat
Asid lemak Omega-3 adalah komponen yang sangat penting bagi perkembangan saraf bayi di dalam kandungan. Menurut para pengkaji, bayi yang ibunya mendapat keperluan asid lemak Omega-3 yang mencukupi ketika hamil, kurang mengalami sebarang masalah terhadap perkembangan/tumbesaran ketika kanak-kanak.

5. Mencegah Pre-eclampsia
Pre-eclampsia, ataupun hypertension/tekanan darah tinggi ketika mengandung, merupakan suatu keadaan yang serius yang boleh menjejaskan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Asid lemak Omega-3 membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan banyak risiko kesihatan yang boleh berlaku sepanjang kehamilan.

6. Kehamilan cukup bulan (Full-term pregnancies)
Disebabkan DHA menyumbang kepada perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan, ia turut membantu mengurangkan risiko berlakunya kelahiran pramatang (premature birth).

7. Memelihara ibu-ibu daripada kemurungan selepas bersalin (post-partum depression)
Tahukah anda bahawa 60% daripada membran sel pada neuron otak adalah terdiri daripada asid lemak Omega-3? Apabila otak menerima asid lemak Omega-3 yang cukup, neuron di dalamnya lebih mudah untuk menerima dan menyalurkan signal-signal kimia . Oleh sebab itu, mengambil supplemen asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan daripada berlakunya kemurungan termasuklah post-partum depression pada ibu-ibu selepas bersalin.

8. Meminimakan simptom menopause (putus haid)
Asid lemak Omega-3 sangat bermanfaat kepada penghasilan hormon. Ia boleh membantu mengurangkan symptom-simotom menopause yang dialami seperti perubahan mood yang mendadak (mood swings) dan hot flashes (pijar atau panas badan).

9. Mengurangkan risiko osteoporosis
Wanita yang telah menopause (putus haid) dan juga yang mempunyai lebih daripada seorang anak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis. Asid lemak Omega-3 boleh membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan menjadikannya lebih kuat serta tidak mudah patah.

10. Mencantikkan kulit, rambut dan kuku
EPA juga diperlukan oleh sel-sel lain di dalam badan, yang mana boleh merangsang kuku yang sihat, rambut yang bersinar dan kulit yang lembut dan cantik.

Kredit kepada  genkimomma

Promosi OMEGA GUARD beli 6 dan PERCUMA 1..cepat hubungi saya sehingga 28 febuari 2013.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi dengan saya & Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya
Email Yahoo : latifah_m_85@yahoo.com.my
Gmail : latifah.fareed@gmail.com
Call/Whatsapp/Viber/Tango/Line : 013-3971985

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...