“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).”
(Surah Luqman: ayat 14) ♥
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila
kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu
kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan
sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada
bayi.
Susu ibu kaya dengan
Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina
Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu
membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang
terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan
sel-sel kanser dan membunuhnya”.
♥ Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan
kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah
menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson,
ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap
daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi
bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat
kepada IQ.
♥ Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna
bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk
seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana
kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah
ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak
1400 tahun berabad yang lalu.
:: Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
♥ Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu
mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu
mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti
tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara,
pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah
seperti berikut:
♥ Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih
mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh
diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
♥ Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan
faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti
nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
♥ Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika
penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu
dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai
bayi.
♥ Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang
menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah
menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran
Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
♥ Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada
anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Sumber: Merentasi Dunia Ilmiah Islam
No comments:
Post a Comment