Salam semua..dua hari lepas baru je mendapat lagi anak buah ke 18..penantian 10 tahun untuk family kakak yang ke 3 ni akhirnya telah dikurniakan dengan baby boy seberat 3.06 kg untuk anak yang no tiga ni. Alhamdullillah syukur
Baby boy yang belum diberi nama- semoga menjadi anak yang soleh ye :) |
okla sambung pada tips dan langkah-langkah untuk penyusuan ibu..
1) MEMERAH SUSU
Memerah dengan tangan
- Urut payudara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola.
- Bermula di pertengahan payudara, gerakkan ibu jari perlahan-lahan
- Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas; susu akan memancut keluar daripada puting
Menggunakan pengepam
Mengepam susu sepatutnya tidak menyakitkan anda. Tetapi jika
ia menyakitkan anda, cuba ubah suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan,
hubungi doktor atau konsultan laktasi. Letakkan corong ke dalam areola untuk
membentuk pengadang kedap udara. Tarik bahagian luar corong; sedutan akan
mengepam susu keluar daripada payudara.
2) MENYIMPAN PERAHAN SUSU
- Simpan susu di dalam jumlah yang diambil oleh ibu pada setiap kali penyusuan.
- Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
- Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
- Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang telah disimpan.
- Sentiasa simoan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku(bukan di bahagian pintu)
- Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan
3) TEMPOH SIMPANAN
SUSU IBU
- Suhu bilik sehingga 8 jam
- Peti sejuk 24 – 48 jam
- Dingin beku (peti sejuk dua pintu) 3 bulan
- Peti sejuk beku lampau (-20°) 1 tahun
4) MENYEDIAKAN
PERAHAN SUSU IBU KEPADA BAYI
- Sentiasa gunkan susu yang paling awal disimpan
- Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu;jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro
- Lemak akan terpisah menjadi dua lapisan. Goncangkan bekas untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu
- Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan. Ia sepatutnya suamsuam kuku.
5) SEDIAKAN BAYI
Sekarang tibalah masanya untuk membiasakan bayi mengambil
perahan susu serta orang yang akan menjaga bayi sementara anda pergi bekerja.
Yang baiknya, anda boleh melakukan kedua-duanya pada waktu yang sama.
Perahan Susu
Mulakan dengan menggantikan satu sesi penyusuan dengan
perahan susu. Secara teratur, anda boleh tingkatkan penggantian sesi penyusuan
sehingga 3 ke 4 kali sehari. Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga
tengahari. Anda boleh menyusukan bayi anda setelah pulang selepas kerja pada
waktu petang.
Penjaga Bayi
Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi dengan perahan
susu dengan menggunakan botol, sudu kecil atau cawan kecil. Adalah lebih baik
jika bukan anda yang memberi bayi perahan susu kerana bayi boleh menghidu
perbezaannya dan mungkin tidak mahu menyusu dari payudara. Ambil sedikit masa
untuk memastikan penjaga anda memahami perkara-perkara seperti di bawah:
- Bagaimana cara menyimpan perahan susu
- Bagaimana cara menyediakan susu untuk bayi
- Jangan beri subayi minum air suam, formula atau makanan lain selain daripada perahan susu
- Nombor telefon(anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan.
Buat Panggilan
- Terlebih dahulu, maklumkan majikan anda yang anda perlu memerah susu pada waktu pejabat.
- Jika boleh, minta sebuah bilik khas untuk memudahkan anda memerah susu badan.
- Semak sama ada terdapat peti sejuk untuk menyimpan susu yang diperah (jika tidak, bawa kotak menyimpan air batu).
6) KEMBALI KE TEMPAT
KERJA
Tempah ruang simpanan
Letakkan susu yang diperah ke dalam bekas dan label nama
anda dengan jelas.
Terus pulang ke rumah selepas kerja dan simpan susu ke dalam
peti sejuk. Elakkan daripada pergi membeli belah dan membiarkan susu yang
diperah berada di dalam kereta.
Memerah susu
- Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
- Cuba sesuaikan masa ini dengan waktu makan tengahari atau minum petang supaya ia tidak menganggu kerja anda.
- Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu:
- Tarik beberapa kali nafas dalam jika anda menjadi cemas
- Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu.
- Jika boleh, dengar melodi yang memberi ketenangan sebelum dan sewaktu memerah susu.
Credit to:
Kelab Penyusuan Si Manja
p/s : Semoga usaha mommies semua berjaya sehingga anak berusia 2 tahun..Good Luck semua :)
No comments:
Post a Comment